Bertunang menurut syariat
Dah cakap hal kahwin, mai kita tengok isu bertunang pulak... apa dia bertunang ni? Pertunangan adalah merupakan
persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga. Ini adalah salah sama sekali.
Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain.
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain (Riwayat Muslim:2530). Ini bermakna adalah salah dan berdosa sekiranya seseorang perempuan itu dikahwinkan dengan lelaki lain selain tunangnya. Malangnya dalam masyarakat kita hari ini sering terlepas pandang hal ini.
Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu. Sedangkan tunang adalah kata putus (tidak semestinya melibatkan keluarga) kedua-dua pihak untuk mendirikan rumahtangga.
Seringkali kita terdengar anak gadis lari dari rumah kerana tidak mahu dikahwinkan dengan lelaki pilihan ibubapanya. Ini sering terjadi kerana tiadanya persefahaman antara si anak dengan ibubapa. "Kami dulu kawin, mak bapak kami yang tentukan, bahagia sampai sekarang." Inilah ayat basi yang sering menjadi alasan dipihak ibubapa tatkala menolak calon pilihan anak2 mereka. Kita harus sedar, dunia semakin berubah, teknologi semakin meningkat, dan perangai manusia juga semakin berubah.
Kalau dulu, istilah bapa borek, anak rintik masih boleh dipakai, kini istilah itu tidak relevan sama sekali. Kalau dulu kita lihat si bapa kaki masjid, kita sudah boleh mengagak akhlak anak-anaknya. Tapi sekarang, walaupun sibapa merupakan tok imam masjid sekalipun, anak mungkin penagih dadah. Ini adalah realiti. Globalisasi mengajar kita untuk mengenali manusia dari hatinya, bukan rupa luarannya dan 'bertunang' mungkin boleh menjadi satu platform untuk mengenali bakal pasangan hidup dengan lebih dekat tetapi tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan agama...
Misteri: Kubur panjang di Pendang
MEMANG menghairankan dan sukar dipercayai apabila kubur yang suatu ketika dulu bersaiz biasa, tetapi keadaannya berubah apabila jarak antara dua batu nesan di bahagian kepala dan kaki memanjang sehingga mencecah 8.6 meter.
Walaupun keadaan itu pelik, itulah hakikatnya dan tidak hairanlah tempat berkenaan diberi nama Kubur Panjang. Ia terletak di daerah Pendang, Kedah. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak' dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu.
Kubur misteri yang dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama itu pernah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keganjilannya. Dulu ada penduduk membina batu penghadang di sekeliling kubur itu, tetapi ia kini tertimbus akibat hakisan tanah, namun sepasang batu nesannya masih utuh.
Penduduk asal kampung itu, Sulaiman Arshad, 80, berkata tidak diketahui dengan jelas usia kubur itu bagaimanapun menurut cerita lisan orang tua sebelumnya, kubur panjang itu ada kaitan dengan janji tidak ditepati. Katanya, lebih 200 tahun lalu dua beradik yang berasal dari Pattani, Thailand, berhijrah ke sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Budi di Mukim Lesong kira-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang.
Dua beradik itu dikatakan mempunyai ilmu kebatinan dan guru silat yang disegani sehingga salah seorang daripadanya dilantik menjadi ketua kampung. Sulaiman berkata, berdasarkan cerita dua beradik itu juga rajin bercucuk tanam dan bersawah sehingga mampu mengumpul harta yang banyak. Beliau berkata, setiap kali selepas musim menuai penduduk mengadakan pertandingan menyabung ayam dan lokasi paling popular untuk kegiatan itu ialah di Kampung Mempelam Susu, di daerah sama. "Suatu hari pertandingan secara besar-besaran diadakan dan seorang penduduk berjaya menjadi juara selepas mengalahkan ayam sabung yang lain.
"Selepas kemenangan itu dua beradik itu dicabar supaya bertanding dengan juara berkenaan."Dua beradik yang masing-masing membawa ayam sabung itu enggan berlawan kerana tujuan asal ke situ hanya untuk menyaksikan pertandingan itu saja, bagaimanapun selepas didesak penduduk akhirnya salah seorang daripadanya bersetuju berlawan. "Akhirnya ayam salah seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar berkenaan dan selepas kemenangan itu orang ramai meminta dua beradik itu bersabung ayam sesama sendiri," katanya. Sulaiman berkata, dua beradik itu mulanya enggan kerana jika salah seorang daripadanya menang, seorang lagi akan berasa malu disorak orang ramai. "Bagaimanapun selepas didesak beberapa kali akhirnya mereka mengalah tetapi dengan syarat yang menang dilarang menyorak yang kalah. "Akhirnya ayam adik lelaki itu kalah dalam perlawanan itu, manakala abangnya yang terlalu gembira terlupa kepada perjanjian hingga bersorak kegembiraan bersama penonton yang menyaksikan perlawanan itu.
"Kerana malu, adiknya mencabut keris lalu menikam dada abangnya. Sebelum mati abangnya berpesan kepada adiknya supaya tolong menjaga anak dan isterinya dengan baik," katanya. Beliau berkata, adiknya yang kesal dan sedih dengan kejadian itu bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan keris yang sama. Katanya, ketika mengusung jenazah untuk dikebumikan di Kampung Budi penduduk terkejut apabila kedua-dua jenazah itu tiba-tiba menjadi semakin berat hingga penduduk berhenti rehat beberapa kali.
"Penduduk yang tidak mampu lagi mengusung jenazah adiknya mengkebumikannya di situ, manakala jenazah abangnya dibawa ke Kampung Budi untuk disemadikan."Apa yang menghairankan ialah apabila penduduk kampung menziarahi kubur adiknya pada keesokkan harinya batu nesannya berubah kedudukan hingga menjadikan kubur itu panjang. "Malah satu ketika dulu jika kubur itu diukur ukurannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan rasa pelik di kalangan penduduk dan digelar sebagai Kubur Panjang hingga kini," katanya.
Beliau berkata, disebabkan keganjilan pada kubur itu ada penduduk menganggapnya keramat dan ada juga yang menjadikan ia tempat menurun nombor ekor.
Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh secara lisan cerita asal usul kubur panjang itu hampir sama. "Walaupun ada beberapa versi, tetapi intipati ceritanya sama iaitu pergaduhan antara dua beradik yang tidak berpegang kepada janji dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. "Namun begitu kita sukar mengesahkan kesahihannya kerana tiada kajian ilmiah dibuat, selain ia sudah berlaku beratus tahun lalu. "Apa yang boleh dijadikan iktibar ialah, manusia patut berpegang pada janji dan perlu hidup rukun damai," katanya.
Kumpul duit untuk kahwin, untuk apa?
Ceh, cakap pasal kawin la pulak... awat?? tak sabaq nak kawin dah ka 'Ad ooiiii.... hehehhe... nak tu nak la,
(ada ke orang yg tak mau kawin?) tapi mana ada orang nak bagi anak dara dia kat orang yang tak keja lagi. Hilang akal??? $$$$ oh $$$ dimanakah kau....ok, ok.. back to topic, Kumpul duit untuk kawin...
Kita biasa mendengar terma ini - hendak kahwin kumpul duit dulu, supaya senang, supaya tidak terbeban hutang. Kita lupa memahami maksud 'senang' yang sebenarnya. 'Senang' di sini bukan bermaksud, senang di hari kemudian atau untuk kegunaan jika sakit pening. Tetapi kita disarankan bersedia dan mengumpul duit supaya senang berhabis-habisan dan membuat pembaziran ketika mengadakan kenduri kahwin. Sudah ada duit bolehlah buat kenduri besar-besaran dan dilihat mewah oleh orang kampung dan saudara mara kita. Kononnya kahwin hanya sekali.
Apabila terma itu dijadikan kayu pengukur untuk muda-mudi
(sebenarnya org tua yang melebih, kononnya anaknya tu la paling fofular kat kampung, kena la buat grand-grand..) yang mahu berkahwin atau ada perancangan mahu hidup bersama dengan buah hati, maka jadilah perkahwinan terpaksa ditangguh-tangguh, tidak dilakukan segera dan paling mudah, ikat dulu dengan tali pertunangan. Setahun, dua tahun? Entahlah, tetapi mesti cukup duit dulu. Cukup duit untuk wang belanja (paling kurang RM5,000), barang hantaran, sewa dewan atau hotel, tempah mak andam yang popular, pakej pelamin dan nasi minyak serba lengkap dengan bunga telur pelbagai bentuk mengikut darjat tetamu.
Semakin lama, harga perkahwinan semakin mahal. Bolehkah kita kaitkan keadaan ini dengan melonjaknya gejala sosial dan hubungan luar nikah yang umpama kebiasaan bagi muda mudi sekarang? Hendak kahwin duit tak ada, hendak kumpul duit, gaji pun cukup-cukup, sekadar RM10 sebulan, bila boleh kahwin? Nafsu pula melonjak-lonjak. Dapat pasangan serasi, zina pun menjadi.
(Na'uzubillah.... mintak dijauhkan...)Alangkah eloknya kita menggalakkan majlis perkahwinan dibuat ringkas. Katakan bajetnya RM1000 saja untuk persiapan barang-barang. Baju simple, tidak payah pelamin mahal dan menu makanan cukup dengan nasi minyak dan dua jenis lauk. (standard sekarang lima atau enam jenis).
Majlis perkahwinan juga tidak perlu dibuat kedua-dua pihak kerana ini antara punca perbelanjaan menjadi tinggi. Buat saja mana-mana rumah pengantin dan kongsi perbelanjaannya.
Kadang-kadang antara punca pihak perempuan meletak harga hantaran tinggi kerana harga barang yang dikatakan melambung naik. Maka sebab itulah elok majlis dijalankan di sebelah pihak saja. Lebih jimat, lebih afdal.
(oh bakal mentuaku, harapnya jangan la letak harga yang tinggi-tinggi...)Actually, kalau mampu tu tak kisah, tapi kalau tak mampu, mula la nak pau duit bakal suami/bakal menantu... tu yang jadi bertangguh-tangguh tu. last-last bila perut dah kembung baru nak terhegeh-hegeh bagi kahwin free... memang la kahwin ni sekali seumur hidup, tapi yang penting adalah kehidupan selepas kahwin, bukan semasa kahwin...
Hah, sesapa yang baca tu, komen la sikit....
p/s: lepas ni artikel lebih umum dan global sbb kalau cakap pasal politik je, ada orang kata tak tau nak komen.. kui..kui..kui...