Sunday, February 12, 2006

Hina Nabi... Apa sikap media kita?

Assalamualaikum wbt....

Isu semasa yang terhangat sekarang tidak perlu dihuraikan lagi. Di seluruh dunia umat Islam bangkit menyatakan kemarahan akibat dari tindakan biadap dan kurang ajar akhbar Jyllands-Posten di Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Rasulullah saw. Boleh dikatakan hampir kesemua negara yang mempunyai rakyat dan penduduk beragama Islam (termasuk negara bukan Islam) telah diadakan demonstrasi besar-besaran membantah penyiaran karikatur tersebut. Tapi dimana umat Islam Malaysia??? tiada demonstrasikah? tak prihatinkah rakyat Malaysia ini?

ADA.....!!!!! di Malaysia sebenarnya masih ada segelintir umat Islam yang berani bangun mempertahankan agama dan kedaulatan Islam. Jumaat lalu, 10 Februari, kedutaan Denmark telah 'diserbu' oleh hampir 10 000 pencinta-pencinta agama bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Denmark. Tapi sayang, berita sebegini TIDAK disiarkan oleh media di Malaysia. kenapa??? sedangkan demonstrasi diseluruh pelusuk dunia telah disiarkan oleh kesemua media utama negara, kenapa bantahan yang disuarakan rakyat sendiri tidak disiarkan? puncanya ialah, demonstrasi itu dianjurkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) dan dipimpin oleh Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang. Inilah sikap berat sebelah media di Malaysia. Media-media utama dunia seperti BBC, AP, Kyodo malah akhbar Jyllands-Posten itu sendiri menyiarkan berita mengenai demonstrasi tersebut. Butakah media Malaysia? tidurkah mereka? atau bisu? selagi kepala media dikepit kemas di bawah ketiak politikus-politikus ini, selagi itulah kebenaran susah untuk dicari. mana mungkin media Malaysia akan menyiarkan berita yang positif mengenai pembangkang. semuanya yang buruk. Si kepala media (ketua pengarang akhbar dan CEO stesen tv) lebih rela menghidu bau busuk ketiak pemimpin mereka daripada menyiarkan kebenaran. Dalam hal yang seperti ini pun mereka masih mementingkan pangkat dan perut?

Kita juga amat kesal dengan sikap Pak Lah al-hadhari. Sebagai pengerusi OIC, beliau sepatutnya lebih terkehadapan dalam memperjuangkan isu-isu ini. Kelembikan Pak Lah memang jelas terserlah dalam hal ini. Mungkin juga beliau 'tiada ilham lagi' untuk berkata apa-apa. Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan oleh OIC berhubung isu ini. Mesyuarat tergempar pun dicadangkan oleh Iran. Selaku pengerusi OIC, apa Malaysia buat??? apa Pak Lah buat??? BANGUN LA WOOIIIII.....!!!!!!!!!!

Akhbar Sarawak Tribune yang menyiarkan semula karikatur tersebut pun TIADA tindakan apa-apa yang dibuat. memang operasinya telah dihentikan tapi bukan DIBERHENTIKAN. Ia secara sukarela menutup operasinya. Nak harap kerajaan Malaysia ambil tindakan? kerajaan cuma boleh kaji, dan kaji, dan kaji.... kalau Harakah cepat pulak diambil tindakan. Nampak sangat kerajaan tidak prihatin dengan kedaulatan Islam. Mereka cuma cekap apabila ada orang yang cuba mengugat kuasa mereka. Biarlah Islam dihina, asal mereka berkuasa. Macam ni pengerusi OIC????? Oh I See......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home