Saturday, March 04, 2006

Minyak Naik, Guna Basikal?

Minyak naik lagi... maka sibuklah para pemimpin negara dari utara hinggalah ke Pulau Borneo melaung-laungkan alasan yang sama tatkala rakyat mengeluh....

1. naik mcm manapun, tetap dikadar yang masih rendah dikalangan negara Asean. (memang la, negara lain mana ada telaga minyak. hanya Malaysia dan Brunei saja negara Asean yang ada telaga minyak. Thai pun ada, tapi x banyak mcm Malaysia.)
2. penjimatan akan digunakan utk membiayai projek pembangunan. (termasuk membaiki MRR2 yang nak runtuh tu dengan bina semula makmal sekolah yang x boleh pakai)
3. harga barang tidak akan naik kerana KPDN HEP akan memantau harga barang. (pantau je. kalau naik pun, aiman x kisahhh....)
4. kerajaan tak mampu nak tanggung beban subsidi yang begitu banyak akibat dari kenaikan harga minyak mentah dunia. (subsidi utk rakyat tak mampu, 'subsidi' utk kroni???)

Dan hari ni terbitlah satu cadangan yang cukup bernas dari pemimpin sebuah negeri kecil nun jauh dari utara....
Shahidan syor guna basikal
KANGAR: Semua pegawai dan kakitangan awam di Perlis disaran menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan untuk ke pejabat ekoran peningkatan harga petrol dan diesel.
Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata cadangan itu mungkin janggal dan sukar diterima akal terutama kepada pengarah dan ketua jabatan, namun jika diamalkan setiap hari, penggunaan basikal ke pejabat atau tempat kerja akan menjadi perkara biasa.

Shahidan berkata, cadangan penggunaan basikal untuk mengurangkan kos sara hidup pernah dibuat ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997."Saya pernah membuat saranan sebegini ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan ini kali kedua cadangan dibuat bagi menjimatkan penggunaan minyak," katanya pada majlis perasmian Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 peringkat Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di sini, semalam.
Shahidan berkata, penggunaan basikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja sudah lama dipraktikkan di Belanda, bukan saja oleh rakyat biasa dan kakitangan awam malah turut membabitkan pemimpin negara itu.

Apa kata pemimpin kita yang mula buat dulu langkah ni. boleh bayangkan ke MB, PM, TPM dan para menteri naik gerek ke pejabat? Ooo.... rakyat kena jimat, pemimpin kalau nak kemana-mana kena escort, pakai 6-7 biji kereta, motosikal kuasa tinggi 4-5 biji, polis berbondong-bondong ikut, rakyat disuruh naik gerek??? Longkang punya MB.....

No comments:

Post a Comment