Thursday, April 06, 2006

Kumpul duit untuk kahwin, untuk apa?

Ceh, cakap pasal kawin la pulak... awat?? tak sabaq nak kawin dah ka 'Ad ooiiii.... hehehhe... nak tu nak la, (ada ke orang yg tak mau kawin?) tapi mana ada orang nak bagi anak dara dia kat orang yang tak keja lagi. Hilang akal??? $$$$ oh $$$ dimanakah kau....ok, ok.. back to topic, Kumpul duit untuk kawin...

Kita biasa mendengar terma ini - hendak kahwin kumpul duit dulu, supaya senang, supaya tidak terbeban hutang. Kita lupa memahami maksud 'senang' yang sebenarnya. 'Senang' di sini bukan bermaksud, senang di hari kemudian atau untuk kegunaan jika sakit pening. Tetapi kita disarankan bersedia dan mengumpul duit supaya senang berhabis-habisan dan membuat pembaziran ketika mengadakan kenduri kahwin. Sudah ada duit bolehlah buat kenduri besar-besaran dan dilihat mewah oleh orang kampung dan saudara mara kita. Kononnya kahwin hanya sekali.

Apabila terma itu dijadikan kayu pengukur untuk muda-mudi (sebenarnya org tua yang melebih, kononnya anaknya tu la paling fofular kat kampung, kena la buat grand-grand..) yang mahu berkahwin atau ada perancangan mahu hidup bersama dengan buah hati, maka jadilah perkahwinan terpaksa ditangguh-tangguh, tidak dilakukan segera dan paling mudah, ikat dulu dengan tali pertunangan. Setahun, dua tahun? Entahlah, tetapi mesti cukup duit dulu. Cukup duit untuk wang belanja (paling kurang RM5,000), barang hantaran, sewa dewan atau hotel, tempah mak andam yang popular, pakej pelamin dan nasi minyak serba lengkap dengan bunga telur pelbagai bentuk mengikut darjat tetamu.

Semakin lama, harga perkahwinan semakin mahal. Bolehkah kita kaitkan keadaan ini dengan melonjaknya gejala sosial dan hubungan luar nikah yang umpama kebiasaan bagi muda mudi sekarang? Hendak kahwin duit tak ada, hendak kumpul duit, gaji pun cukup-cukup, sekadar RM10 sebulan, bila boleh kahwin? Nafsu pula melonjak-lonjak. Dapat pasangan serasi, zina pun menjadi. (Na'uzubillah.... mintak dijauhkan...)

Alangkah eloknya kita menggalakkan majlis perkahwinan dibuat ringkas. Katakan bajetnya RM1000 saja untuk persiapan barang-barang. Baju simple, tidak payah pelamin mahal dan menu makanan cukup dengan nasi minyak dan dua jenis lauk. (standard sekarang lima atau enam jenis).

Majlis perkahwinan juga tidak perlu dibuat kedua-dua pihak kerana ini antara punca perbelanjaan menjadi tinggi. Buat saja mana-mana rumah pengantin dan kongsi perbelanjaannya. Kadang-kadang antara punca pihak perempuan meletak harga hantaran tinggi kerana harga barang yang dikatakan melambung naik. Maka sebab itulah elok majlis dijalankan di sebelah pihak saja. Lebih jimat, lebih afdal. (oh bakal mentuaku, harapnya jangan la letak harga yang tinggi-tinggi...)

Actually, kalau mampu tu tak kisah, tapi kalau tak mampu, mula la nak pau duit bakal suami/bakal menantu... tu yang jadi bertangguh-tangguh tu. last-last bila perut dah kembung baru nak terhegeh-hegeh bagi kahwin free... memang la kahwin ni sekali seumur hidup, tapi yang penting adalah kehidupan selepas kahwin, bukan semasa kahwin...
Hah, sesapa yang baca tu, komen la sikit....

p/s: lepas ni artikel lebih umum dan global sbb kalau cakap pasal politik je, ada orang kata tak tau nak komen.. kui..kui..kui...

No comments:

Post a Comment